Norhidayah Bt Hassan ( D20212099199 )
Perguruan adalah satu
profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna
agar manusia yang sempurna itu memahami tentang peranan dan tanggungjawab
mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, dan alam. Insan yang bergelar guru
merupakan seorang individu yang dianggap mulia kerana mendidik ahli masyarakat
yang akan menjadi warisan kebudayaan dan dan ilmu pengetahuan untuk majuan
bangsa dan negara pada masa hadapan.
Profesion didefinisikan sebagai satu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Profesionalisme adalah satu nilai yang dapat dikatakan berkait dengan fungsi pekerjaan bagi merealisasikan matlamat pekerjaan yang boleh membawa ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.
👆
PELAKSANAAN KOD ETIKA PROFESIONALISME KEGURUAN
👇

CABARAN DALAM KOD ETIKA PROFESIONALISME KEGURUAN MALAYSIA
Cabaran kod etika pelaksanaan keguruan di Malaysia ialah kemajuan teknologi yang semakin pesat dek kerana penularan wabak covid-19 di negara kita. Kemajuan teknologi maklumat telah memberi cabaran baru bagi seseorang guru kerana proses pengajaran dan pembelajaran telah merubah dunia bidang pendidikan dalam transformasi ke arah andragogi dan pedagogi secara digital iaitu pengajaran dan pembelajaran menerusi dunia maya. Jika dahulu peranti telekomunikasi seperti telefon pintar dan gajet platform aplikasi dalam talian dilarang dibawa ke sekolah, namun kini sebaliknya apabila dunia pendidikan berada dalam alam maya dan dilakukan di rumah. Pengajaran secara online adalah merupakan satu-satunya cara yang boleh digunakan bagi seseorang guru untuk menyampaikan ilmu kepada anak muridnya. Krisis global ini sedikit sebanyak telah memberi tekanan terhadap para guru kerana terpaksa menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dilaksanakan secara dalam talian. Oleh itu, guru haruslah memiliki kemahiran teknologi maklumat bagi memastikan sektor pendidikan terus beroperasi walaupun bukan secara bersemuka di sekolah. Oleh hal yang demikian guru haruslah berkembang dalam menguasai teknologi maklumat bagi memastikan dapat menyampai ilmu kepada pelajar dengan menguasai platform yang boleh digunakan bagi memudahkan aktiviti pembelajaran antara guru dan pelajar itu berjalan dengan lancar ialah melalui aplikasi Google Meet, Zoom, Whatsapp, Telegram dan sebagainya. Hal ini juga menjadikan para guru secara tidak langsung mula menguasai tentang dunia Information Technology (IT) dan mempunyai literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT)
Selain itu, sikap
pelajar terhadap guru turut menjadi cabaran dalam pelaksanaan kod etika
profesionalisme keguruan di malaysia yang menjadi bebanan besar yang dapat menggugat
kesabaran dan tanggungjawab sebagai seorang guru. Guru merupakan insan yang
harus disanjung dan dihormati oleh pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Namun
begitu profesion keguruan kini sering diperlekehkan oleh semua lapisan
masyarakat terutama sekali dalam kalangan pelajar sekolah yang tidak
menghormati guru mereka. Sebagai contoh guru sering dipersalahkan oleh ibu bapa
pelajar yang angkuh dan merasakan diri mereka sahaja yang betul walaupun salah
tersebut berpunca dari anak mereka sendiri. Hal yang lebih teruk ibu bapa melakukan
saman sesuka hati atas kesalahan yang setimpal dengan pengorbanan yang telah
diberikan oleh guru dalam berikan didikan terhadap anak-anak mereka. Hal ini
telah menjejaskan imej seorang guru kerana sikap anak-anak pelajar dan ibu bapa
yang bersikap sedemikian menyebabkan rasa hormat pelajar terhadap guru menjadi
semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang menuding jari kepada guru
terhadap sesuatu kesalahan, walhal hal ini berlaku angakara kealpaan ibu bapa
sendiri dalam memberi didikan kepada anak-anak. Guru adalah insan yang dianggap
ibu bapa kedua kepada para pelajar kerana guru bukan hanya mengajar mata
pelajaran untuk lulus peperiksaan sahaja, tetapi guru juga mempunyai
tanggungjawab untuk mendidik pelajar dalam penerapan nilai-nilai murni, selain
jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Keangkuhan ibu bapa yang hanya
mementingkan pencapaian akademik semata-mata dan bukan sahsiah menyebabkan
anak-anak mereka menjadi insan yang tidak berakhlak dan mempunyai sikap kurang
ajar terhadap guru. Hal ini menjadi cabaran kepada guru kerana guru tidak dapat
mengawal tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan nama baik guru tersebut.
Seterusnya,
cabaran yang dihadapi oleh para guru ialah guru yang diberikan pelbagai jawatan
yang bukan bidang kerjaya yang dilakukan oleh seorang guru. Hal ini dapat
dibuktikan apabila seorang guru diberikan opsyen yang berbeza dari bidang
kerjayanya yang sebenar dan perlu mengajar subjek yang diberikan sama sekali
tidak berkaitan dengannya. Kebiasaannya hal ini akan memberi kesan terhadap
kualiti pengajaran jika sesorang guru tidak mahir dalam subjek tersebut akan
memberi kesan sama penyampaikan maklumat atau ilmu kepada pelajar. Selain itu,
tanggungjawab seseorang guru bukan sahaja mengajar pada masa kini bukan sahaja
mengajar beberapa subjek yang tertentu tetapi juga terpaksa melakukan atau
memegang portfolio dalam sesuatu jawatan yang tidak berkaitan dengan aktiviti
pengajaran dalam kelas. Oleh itu, para guru perlu melakukan pelbagai kerja dan
bukan sahaja tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Justeru
itu, kerja-kerja ini telah menyebabkan sebahagaian para guru menghadapi tekanan
yang amat besar dan ini menjejaskan kualiti pengajaran seseorang guru. Jelaslah
bahawa guru pada era ini menghadapi pelbagai cabaran dalam memikul
tanggungjawab yang tidak berkaitan dengan pengajaran dalam kelas.
Comments
Post a Comment