Posts

Showing posts from May, 2022

HUBUNGKAIT KERJAYA GURU DAN AMALAN KOD ETIKA PROFESIONALISME DI MALAYSIA

Image
Tuan Zamzuliani Bt Tuan Hussin ( D20212099198 ) HUBUNGKAIT KERJAYA GURU DAN AMALAN KOD ETIKA PROFESIONALISME DI MALAYSIA Kerjaya guru merupakan guru itu sebagai satu pekerjaan yang mulia dimana tugas and tanggungjawab yang diberi, memberi peluang membentuk murid-murid dari segi fizikal, emosi, rohani dan intelek selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menurut Akta Pendidikan 1996, “Guru” bererti seseorang yang mengajar murid di suatu institusi pendidikan atau menyediakan atau mengeluarkan bahan pelajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan atau melalui pusat pendidikan jarak jauh, dan termasuklah guru besar atau pengetua. Selain itu, H.Syamsul Bahri Tenrere (1993) menyatakan guru adalah sangat penting dalam pendidikan dan pengajaran, kerana gurulah yang akan bertanggungjawab dalam membentuk peribadi seorang murid. MENELUSURI REALITI KERJAYA GURU.           Kerjaya sebagai seorang guru ini satu kerjaya yang unik. H...

PELAKSANAAN KOD ETIKA PROFESIONALISME KEGURUAN DAN CABARAN DI MALAYSIA

Image
Norhidayah Bt Hassan ( D20212099199 )                               Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan dan ihsan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu memahami tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, dan alam. Insan yang bergelar guru merupakan seorang individu yang dianggap mulia kerana mendidik ahli masyarakat yang akan menjadi warisan kebudayaan dan dan ilmu pengetahuan untuk majuan bangsa dan negara pada masa hadapan. Profesion didefinisikan sebagai satu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Profesionalisme adalah satu nilai yang dapat dikatakan berkait dengan fungsi pekerjaan bagi merealisasikan matlamat pekerjaan yang boleh membawa ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab. 👆 PELAKSANAAN KOD ETIKA PROFESIONALISME KEGURUAN...

PELAKSANAAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN DALAM AMALAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Image
Beckhambryan Jikseng Ukau ( D20212099200 ) 1) PENGERTIAN PERATURAN & PERUNDANGAN PENDIDIKAN Rumusan : Peraturan merupakan syarat yang perlu dipatuhi oleh sesebuah organisasi bagi mengelakkan berlaku masalah. Manakala, perundangan adalah undang-undang yang digubal bagi memelihara hak individu tertentu. 2) PERBANDINGAN PERATURAN PENDIDIKAN & PERUNDANGAN PENDIDIKAN 3) PERATURAN PENDIDIKAN : PEMATUHAN GURU SEBAGAI PENJAWAT AWAM 1.  Pekeliling Ikhtisas dan Kementerian - Pekeliling ikhtisas dan kementerian merupakan warta kerajaan yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dari masa ke semasa. - Pekeliling ini juga merupakan satu arahan dan garis panduan ketika menjalankan tugas dan khidmat.  - Merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh guru-guru atau lebih dikenali penjawat awam. - Contohnya : SPI.BIL.4/1975 ( Nyanyian Lagu Kebangsaan dan quot ) 2.  Akta Pendidikan 1996 - Sebuah Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan perka...

TUJUAN DAN FUNGSI PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN YANG DILAKSANAKAN DI MALAYSIA

Image
Nurul Amiera Binti Abdullah ( D20212099201 )      PENDAHULUAN     Peraturan adalah penting untuk sesebuah kehidupan setiap individu lebih-lebih lagi dalam alam pekerjaan ini. Di sini saya tekankan dalam bidang Pendidikan, sebagaimana kita semua sedia maklum yang Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menyatakan ciri-ciri guru yang dihasratkan di Malaysia iaitu guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif, dan saintifik serta guru yang berdisiplin.    Ciri-ciri yang dinyatakan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memenuhi standard Guru Malaysia yang bertaraf dunia. Oleh itu, peraturan-peraturan sebegini dilaksanakan khas bertujuan meningkatkan tahap disiplin, kualiti dan produktiviti dalam sesebuah institusi terutamanya institusi pendidikan dalam membentuk insan yang berguna.                   Pencegahan Tujuan utama peraturan pendidikan adalah untuk mencegah guru-guru atau pegawal pendidik...