PELAKSANAAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN DALAM AMALAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Beckhambryan Jikseng Ukau ( D20212099200 )

1) PENGERTIAN PERATURAN & PERUNDANGAN PENDIDIKAN


Rumusan :
Peraturan merupakan syarat yang perlu dipatuhi oleh sesebuah organisasi bagi mengelakkan berlaku masalah. Manakala, perundangan adalah undang-undang yang digubal bagi memelihara hak individu tertentu.



2) PERBANDINGAN PERATURAN PENDIDIKAN & PERUNDANGAN PENDIDIKAN







3) PERATURAN PENDIDIKAN : PEMATUHAN GURU SEBAGAI PENJAWAT AWAM




1. Pekeliling Ikhtisas dan Kementerian
- Pekeliling ikhtisas dan kementerian merupakan warta kerajaan yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dari masa ke semasa.
- Pekeliling ini juga merupakan satu arahan dan garis panduan ketika menjalankan tugas dan khidmat. 
- Merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh guru-guru atau lebih dikenali penjawat awam.
- Contohnya : SPI.BIL.4/1975 ( Nyanyian Lagu Kebangsaan dan quot )

2. Akta Pendidikan 1996
- Sebuah Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan perkara yang berkaitan dengannya.
- Dikenali juga Akta 550 sebagai bahan rujukan dalam melaksanakan tanggungjawab warga pendidik agar sentiasa berada dalam landasan yang betul.
- Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan bertaraf antarabangsa dan bermutu tinggi.

3. Perintah Am ( Bab D )
- Peraturan-peraturan kepada pegawai awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) yang mencakupi kewajiban pengawai awam mematuhi peraturan, kawalan dan pengawasan tatatertib.
- Akan disenaraikan kesalahan dan tidak patuh terhadap prosedur tatatertib yang boleh disabitkan dengan hukuman tatatertib dan penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam.
- Contoh : Seorang pegawai mengutamakan tugas peribadi dan membelakangkan tugas awamnya, melakukan gangguan seksual ketika berkhidmat, tidak mematuhi etika berpakaian dan sebagainya.

4. Undang-undang Sivil dan Syariah
i) Undang-undang Syariah.
- Merupakan hukum perundangan Islam dari Allah SWT kepada umatnya bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah SAW.
- Contoh kesalahan ialah berkaitan hubungan tidak sah seperti khalwat dan persetubuhan haram

ii) Undang-undang Sivil. 
- Kumpulan undang-undang yang mengawal hak dan tanggungan ( liabiliti ) sivil antara individu dengan individu, individu dengan masyarakat dan masyarakat dengan individu. 
- Contohnya ialah hak asasi kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan

Comments

Popular posts from this blog

PELAKSANAAN KOD ETIKA PROFESIONALISME KEGURUAN DAN CABARAN DI MALAYSIA

TUJUAN DAN FUNGSI PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN YANG DILAKSANAKAN DI MALAYSIA

HUBUNGKAIT KERJAYA GURU DAN AMALAN KOD ETIKA PROFESIONALISME DI MALAYSIA